BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru, Azam Baru, Buku baru, Sekolah BARU??

Assalamualaikum....

Semalam tepat jam 12.00 tgh mlm, kita semua telah melangkah ke alam baru. Aku sendiri x dpt bayangkan berapa ramai lagi ank2 muda diluar sana y hanyut dgn nafsu mereka. Apatah lagi kita semua mmg bkk mata je diajar dgn tahun baru kna celebrate giler2!!

Syukur semalam rumah nenek aku buat kenduri doa selamat maka x de lah konsert2 y bercampur halal dan haramnya berkumandang dekat rumah nie! Tipulah kalau aku ckp aku x tergoda lansung nak bkk tv. Sepupu aku pon semua asyik merungut......
"Alah, mezti akim tengah nyanyi"

"Alamak fabulous cat"

"Korang WESTLIFE show"

"Korang movie nie.."

Haha....tapi x sorang pon brani bkk tv, nk kena debik dgn mak tok??aku terfikir bagus jgk klu tetiap tahun kampung aku ada kenduri mlm new year. X de la aku mengadap tv. Sekurang-kurangnya bila ada doa selamat, baca yassin n tahlil. Klu x ....hehe......;)

Bila masok taun baru ramai je tanya

"Mlm ni x pegi mana2?? x keluar celebrate......"dah radio pon asyik tanya soalan 2....

Mana la ank muda skarang x terpengaruh...Cuba fikir balik apa fungsi korang celebrate tuh??
lepas tension? Apa alasannya? ke bila org laen buat korg pon buat la? ish...ish..ish...x de pendirian tengok org buat korang pon buat. Org terjun neraka, korg nk terjun jgk??;)

Bila masok tahun baru org selalu sibukkan dgn azam baru dan buku baru....
Buku sekolah baru aku taw la......
Buat pelajar SMAMAIWP, 2010 mungkin ada yang jumpa sekolah baru??
Adeesss.....ish.....sedih nie....AKU?? SEKOLAH BARU?? ntah la......
Banyak lagi y aku nk kongsi psal azam baru,buku baru dan sekolah baru....
tapi....ada kerja kna buat la......nnti aku sambong!!
got to go...

Wassalam......

Wednesday, December 30, 2009

Islam itu indah......:)

"Mak Su ko belajar dekat mane?? Mesir ke Jordan?"

"Mak ai, Mak Su ko ustazah ke??"


Soalan demi soalan diajukan pada aku.....Mak Su bkn skola agama, belajar dekat Mesir pon bukan. Jordan pon tak. Mak Su belajar dekat Temple University. Sejak bile campus Temple University dkt Mesir or Jordan??Org selalu anggap Mak Su ustazah. Selalunya org y balik dari belajar luar negara apatah lagi belah2 Eropah jgn mimpi nak tengok mcm Mak Su.

Mak Su orgnya tinggi lampai. Mak Su mmg cantik.Dah dekat 3 tahun Mak Su belajar dekat luar negara. Kadang2 aku segan dgn Mak Su. Dia belajar dekat luar negara, y enviroment nya penuh dgn mat salleh dan minah salleh...mmg boleh dibilang rasanya berapa ramai je y pakai tudung.
Tapi Mak Su, bkn takat masih pakai tudung. Mak Su pakai tudung bidang 60'. Kadang2 aku segan. Aku y bdak skola agama ni pon x la selalu pkai tudung labuh. Boleh dibilang je bape bnyk tudung labuh ade dlm almari tue. Mak Su mrsm je dulu. Adess.....Malunya...

Hari ni rumah tok mak adakan doa selamat. Malam karang la. Sempena PMR aku dan jga Mak Su y baru lepas exam besar dye. 2 hari lepas Mak Su selamat sampai Malaysia. Mmg segan la. tetiap mlm Mak Su bgon Qiamulail. skola aku pon x mcm 2.

Tapi, Mak Su x kuno mcm 'ustazah2' laen. Ada antara kita baru pkai tudong biasa pon da rasa mcm bagos sgt. Tengok minah2 laen, x boleh klu x pndang slack.... y laki baru skola agama 2-3 taon da rase darjat mulia sgt. Mulot x reti nk stop mengomen, dye je betol. Mak Su jarang memerli org.Plg penting Mak Su still bergaya. Dia x la berjubah 24/7. Dia pakai je jeans. Blouse. Tapi mmg tutup semua,labuh dan x ketat.Up to Date lg.....

Menjadi cucu sulung mmg susah. Apa y aku buat sentiasa dibandingkan.....

"Tengok Mak Su ko, dia pndai buat......"

hurmmm.....marah?? x la.....cuma x selesa. Aku dibandingkan dgn Mak Su sendiri!! Bkn kawan.
Mak Su mmg bijak segala-galanya, piano, gitar, mmg kehebatan diala.

Semalam Mak Su borak dgn aku, ckp psal tudung......Mak Su kat klu kita dekat sini pon da asyik fikir 'nnti ape org cakap klu aku pkai tudung labuh'. Kat luar negara mcm mane? Kat luar negara lagi la org pandang pelik..........bnyk lagi la y aku dgr dari bkal lawyer nie....

Bila fikir balik, mmg segan giler!! Mak Su y pergi luar negara, rambut kekal je hitam. Kita y dekat Malaysia y x pergi mana2 ni pon rambut, kuku, baju dah kalah minah salleh....adess....

Islam itu indah, x semestinya bila pakai tudung labuh kita terpenjara, kena pegang quran 24/7. X bole tgok movie, tgok al-jazeera jer. X bole bace komik, pgang buku hadis jer.
Maksu layan je movie2 english, baca je buku2 novel-komik. tapi ada batasnya. buku Abu Bakar-Umar-Utsman-Ali, dia khatam je....

Islam itu mudah kita y buat nmpak susah.Buangla tanggapan dan sikap prejudis kita supaya org bangsa dan agama lain x takut mendalami islam.

Kawan-kawan,

Marilah kita perbaiki diri kita agar menjadi muslim dan muslimah y lebih baek dan tidak tenggelam oleh arus kemodenan tidak pula ketinggalan...

Berhimpit jerami di balik meranti,
Sayang Cemara akar terendam;
Bersemi kasih seikhlas hati,
Penyejuk bara penghilir dendam.

Renung2kan dan selamat beramal....
Wassalam...

p/s:Buat A sori sbb amek pantun ko nie.A 2 A**I*** ;)

Cinta, Belajar Dan Sahabat

Assalamualaikum...

Disember 2008

Keluar bersama rakan sek rendah,

Kau kejam la. Kau couple dgn dia, ko tinggal dia...Ko ingat dia patung?

Ayat ini pernah aku keluarkan sewaktu keluar dengan kwn-kwn sewaktu di sekolah rendah. Bunyi macam jakun sangat je bila dengar ayat 'aku da clash la'....Aku x pernah peduli org kata aku jakun ke ape ke, aku 100% x pernh setuju situasi couple-clash ini.Aku teringat pada sebuah lagu dari tanah seberang y berjudul putus-nyambung. Mungkin ada diantara kalian sudah pernah mendengarnya. Namun aku masih berharap kalian akan mendengar lagu ini sekali lagi.




Lebih menggeramkan, pulang kerumah seorg rkn aku mengirimkan gambar ini!! ARGHHHH!!
Itukah nilai nya??



Bukan kisah putus-nyambung anak muda zaman sekarang y ingin aku kongsikan. Bukan jugak gamba nie!!! Kisah sebenar y ingin aku kongsi bersama kalian adalah kisah dua org gadis muda yang bersekolah bersama aku.Org nya biasa sahaja tp kisahnya y unik....

Sekitar Oktober 2008-Disember 2009

Gadis pertama cukup aku kenalkan sebagai Miss H.....Gadis lincah dan riang yang sangat comel.
Tapi, x siapa pernah tahu apa y ada dihatinya. Belajar memahami dia, kalian akan lebih memahami erti kehidupan.Kisah cintanya mungkin sama seperti ank muda lain, melaliu fon, melalui pihak tengah....ala....y biasa-biasalah....sampai satu hari dia knal dgn seorg lelaki,, di atas kesilapan y sering berlaku, diringkaskan cerita, Miss H disakiti zahir dan batin. kerana 'disakiti zahir dan batin' Miss H turun kelas, prestasi pelajaran sgt mengecewakan....Mencintai mungkin mudah tapi melupakan mmg sukar, PMR semakin hampir, dan hati seorg wanita x mungkin berhenti merindui........Tapi, pompuan y dilahirkan dgn 9 emosi dan 1 logik tu, banyak hikmahnya.... Kerana 9 emosi itu lah banyak y dipertimbangkan oleh Miss H....Miss H meninggalakan semua kisah2 lalu....lebih fokus pada pelajaran , 'no cinta2, no internet2'...hehe...
keputusan?? 9A lar!!


Gadis Ke2....

2007-Disember 2009

A namanya.....Ramai budak lelaki anggap dia sombong, garang ape lar...Buat pelajar puteri, dialah buku teks bergerak,dialah pakar motivasi 24/7 x pernah tutup kaunter. Dialah kakak,dialah ibu,dialah rakan....dialah pencerita dari isu semasa-kisah dari movie-pengalaman peribadi. A mmg pendengar y baik, jarang lupa cerita y diceritakan oleh kwn2nya.
Tapi, A x pernah bercinta/couple. Katanya"banyak benda lagi aku nak fikir, blaja pandai2 terbang luar negara cari mat salleh..."hehe....gurauan y nmpak serius, akhirnya dia akn betulkan 'mat soleh la bkn mat salleh'....

"A, betul ke ko ada apa2 dgn A*** tue?" aku terdengar seorg pelajar bertanya padanya...

"Owh Kak A, sekarang dgn abg U pulak"

"A, ko dgn sape sbnarnyer? N ke AM** ke H****??"

jawab A??

"Apa y korang fikir ye la tuh..."

"Aminn..." hurmm.. mengaminkan gosip pulak minah nie!!

"Ada jodoh aku jemput la korang nnti". Bia betol mak cik sekor nie??

"Mamat tu?? boleh jgak, kim salam kat dia nnti eh!!" nak mati ape si A nie?? kim slm plak??

Aku geram betul dgn jawapan y mengiakan segala, smpai satu hari aku bertanya sendiri padanya....

"Ko suke sapa sebenarnyer, x takut PMR ke?? ko seruiske dgn mamat tue??"

jawapan A?

"Cinta tu mmg indah, tp aku x pernah terfikir nk jatuh cinta sekarang, masa depan aku jauh lagi, N tu cuma masa lepas....Ntah kat mane2 aku buang kenangan tue! AM** mmg bez klu buat kawan, 'CUKUP KAWAN!!' U?? partner bergaduh plg bez pernah aku ada!! H?? bila masa aku ada apa2 dgn dia?? nk kna bunuh dgn awek dia?? da la dorm dgn aku awek dia!! PMR ttap y no 1 dlm keutamaan aku sekarang, bukat takat PMR, belajar la keutamaanya..."

Dengar mcm jawapan standard nk cover line la 2.....

sekitar Oktober/November 2009:surau aspuri:selepas bacaan surah

"Farah nnti dekat ko doakn aku......"

"Jgn lupa doakan sekolah kita...."

Farah pening dgn perangai rakan2 nya.... x lama lagi dia akn bertolak ke mekah untuk menunaikan Haji. Hajah Farah dah sekarang.....

Usai semua bg pesann A y mmg duduk sebelah dgn Farah terus bercerita, surau makin kosong. Aku duduk tidak jauh dari mereka, mendengar sesi usik-mengusik Farah dan A mmg seronok. Sehinggalah sampai suatu ketika A meluahkan sesuatu....

"Farah, dekat sana nnti satu je aku nk mintak tolong, ko belikan aku bnyk2 ole2 taw...."

"Ko ingat aku bnyk duit??" jawab Farah....

" X la aku gurau, sampai sana ko tolong doakan aku x jatuh cinta selagi aku masih sekolah" aku terkesima. org selalu doa moga jumpa jodoh y sesuai,,, y minah nie??

"Insya Allah," Farah sendiri terkejut nampaknya, hanya jawapan ringkas y dapat dia beri.

"Aku x nak jatuh cinta waktu aku still skolah, aku nak fokus......."

Luahan seterusnya biarlah menjadi rahsia...apa y aku lihat Farah mula memeluk A, menenangkan hati rakan y walang........

Itu kisah seorg rakan y aku syg sgt. Takut benar dia diuji dgn cinta.Bimbang sgt hilang fokus. mungkin pengalaman peribadi rakan2 menjadikan dia seorg y sgt berhati-hati. Mmg sesuai dgn ketakutannya pada panahan syaitan itu,dia tidak pernah hilang fokus, apatah lagi disakiti oleh lelaki. Logiknya y 1 mengawal emosinya y 9!!dan, 9A lah!!

Ini kisah dan bukti y sentiasa aku jdkan panduan. Mungkin korang anggap kisah ini biasa. Berbeza dgn aku, aku kagum dgn kawan2 aku ini y bijak mengawal emosi. Kini, terpulang pada cara kita menilainya....

Cinta zaman sekolah mmg x sesuai!!Jika ada kesempatan aku akan kongsi kisah rakan y kecundang pula, dan aku akan kisahkan pula kisah cinta dizaman sekolah y masih mmpu fokus pada pelajaran.Sebangai renungan semestinya...
Buat masa ini aku masih yakin cinta dan pelajaran x boleh diletak sekali! huru-hara nanti.

Cinta dan sahabat?
Susah ditafsirkan, aku teringat kata2 A satu masa dahulu
"Lelaki bijak untuk membezakan/mengasingkan cinta dan rakan, tp perempuan mudah tersungkur dari istilah sahabat menjadi cinta."
setidak tidaknya masih ada sifat dari lelaki y boleh kita pelajari bukan??

Kawan-kawan,

Masa depan kita masih jauh, tmat PMR cuma 1 permulaan baru buat kita.Cinta itu indah cuma kita y mencacatkannya.........Fikir-fikirkan lah....Utamakan y lebih utama dalam kehidupan kita....




Lagu ini buat kalian y masih menanti dan hampir hanyut oleh cinta!!renungkan liriknya....tidak salah kalian terus menanti......Jangan kalah dgn situasi!!



Wassalam....




Salam Ukhwah ;)

Assalamualaikum.....

Hurmmm.Aku masih baharu disini.Molek sungguh sekiranya kalian sudi memberikan tunjuk ajar kepada aku y masih baru disini.Teman, ukhwah itu indah.Lebih indah jika Allah y berada dihadapan,tengah dan dibelakang 'nilai Persahabatan' tersebut....

Buah Cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.





p/s:Moga ukhwah ini kekal selamanya....