BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Cinta, Belajar Dan Sahabat

Assalamualaikum...

Disember 2008

Keluar bersama rakan sek rendah,

Kau kejam la. Kau couple dgn dia, ko tinggal dia...Ko ingat dia patung?

Ayat ini pernah aku keluarkan sewaktu keluar dengan kwn-kwn sewaktu di sekolah rendah. Bunyi macam jakun sangat je bila dengar ayat 'aku da clash la'....Aku x pernah peduli org kata aku jakun ke ape ke, aku 100% x pernh setuju situasi couple-clash ini.Aku teringat pada sebuah lagu dari tanah seberang y berjudul putus-nyambung. Mungkin ada diantara kalian sudah pernah mendengarnya. Namun aku masih berharap kalian akan mendengar lagu ini sekali lagi.




Lebih menggeramkan, pulang kerumah seorg rkn aku mengirimkan gambar ini!! ARGHHHH!!
Itukah nilai nya??



Bukan kisah putus-nyambung anak muda zaman sekarang y ingin aku kongsikan. Bukan jugak gamba nie!!! Kisah sebenar y ingin aku kongsi bersama kalian adalah kisah dua org gadis muda yang bersekolah bersama aku.Org nya biasa sahaja tp kisahnya y unik....

Sekitar Oktober 2008-Disember 2009

Gadis pertama cukup aku kenalkan sebagai Miss H.....Gadis lincah dan riang yang sangat comel.
Tapi, x siapa pernah tahu apa y ada dihatinya. Belajar memahami dia, kalian akan lebih memahami erti kehidupan.Kisah cintanya mungkin sama seperti ank muda lain, melaliu fon, melalui pihak tengah....ala....y biasa-biasalah....sampai satu hari dia knal dgn seorg lelaki,, di atas kesilapan y sering berlaku, diringkaskan cerita, Miss H disakiti zahir dan batin. kerana 'disakiti zahir dan batin' Miss H turun kelas, prestasi pelajaran sgt mengecewakan....Mencintai mungkin mudah tapi melupakan mmg sukar, PMR semakin hampir, dan hati seorg wanita x mungkin berhenti merindui........Tapi, pompuan y dilahirkan dgn 9 emosi dan 1 logik tu, banyak hikmahnya.... Kerana 9 emosi itu lah banyak y dipertimbangkan oleh Miss H....Miss H meninggalakan semua kisah2 lalu....lebih fokus pada pelajaran , 'no cinta2, no internet2'...hehe...
keputusan?? 9A lar!!


Gadis Ke2....

2007-Disember 2009

A namanya.....Ramai budak lelaki anggap dia sombong, garang ape lar...Buat pelajar puteri, dialah buku teks bergerak,dialah pakar motivasi 24/7 x pernah tutup kaunter. Dialah kakak,dialah ibu,dialah rakan....dialah pencerita dari isu semasa-kisah dari movie-pengalaman peribadi. A mmg pendengar y baik, jarang lupa cerita y diceritakan oleh kwn2nya.
Tapi, A x pernah bercinta/couple. Katanya"banyak benda lagi aku nak fikir, blaja pandai2 terbang luar negara cari mat salleh..."hehe....gurauan y nmpak serius, akhirnya dia akn betulkan 'mat soleh la bkn mat salleh'....

"A, betul ke ko ada apa2 dgn A*** tue?" aku terdengar seorg pelajar bertanya padanya...

"Owh Kak A, sekarang dgn abg U pulak"

"A, ko dgn sape sbnarnyer? N ke AM** ke H****??"

jawab A??

"Apa y korang fikir ye la tuh..."

"Aminn..." hurmm.. mengaminkan gosip pulak minah nie!!

"Ada jodoh aku jemput la korang nnti". Bia betol mak cik sekor nie??

"Mamat tu?? boleh jgak, kim salam kat dia nnti eh!!" nak mati ape si A nie?? kim slm plak??

Aku geram betul dgn jawapan y mengiakan segala, smpai satu hari aku bertanya sendiri padanya....

"Ko suke sapa sebenarnyer, x takut PMR ke?? ko seruiske dgn mamat tue??"

jawapan A?

"Cinta tu mmg indah, tp aku x pernah terfikir nk jatuh cinta sekarang, masa depan aku jauh lagi, N tu cuma masa lepas....Ntah kat mane2 aku buang kenangan tue! AM** mmg bez klu buat kawan, 'CUKUP KAWAN!!' U?? partner bergaduh plg bez pernah aku ada!! H?? bila masa aku ada apa2 dgn dia?? nk kna bunuh dgn awek dia?? da la dorm dgn aku awek dia!! PMR ttap y no 1 dlm keutamaan aku sekarang, bukat takat PMR, belajar la keutamaanya..."

Dengar mcm jawapan standard nk cover line la 2.....

sekitar Oktober/November 2009:surau aspuri:selepas bacaan surah

"Farah nnti dekat ko doakn aku......"

"Jgn lupa doakan sekolah kita...."

Farah pening dgn perangai rakan2 nya.... x lama lagi dia akn bertolak ke mekah untuk menunaikan Haji. Hajah Farah dah sekarang.....

Usai semua bg pesann A y mmg duduk sebelah dgn Farah terus bercerita, surau makin kosong. Aku duduk tidak jauh dari mereka, mendengar sesi usik-mengusik Farah dan A mmg seronok. Sehinggalah sampai suatu ketika A meluahkan sesuatu....

"Farah, dekat sana nnti satu je aku nk mintak tolong, ko belikan aku bnyk2 ole2 taw...."

"Ko ingat aku bnyk duit??" jawab Farah....

" X la aku gurau, sampai sana ko tolong doakan aku x jatuh cinta selagi aku masih sekolah" aku terkesima. org selalu doa moga jumpa jodoh y sesuai,,, y minah nie??

"Insya Allah," Farah sendiri terkejut nampaknya, hanya jawapan ringkas y dapat dia beri.

"Aku x nak jatuh cinta waktu aku still skolah, aku nak fokus......."

Luahan seterusnya biarlah menjadi rahsia...apa y aku lihat Farah mula memeluk A, menenangkan hati rakan y walang........

Itu kisah seorg rakan y aku syg sgt. Takut benar dia diuji dgn cinta.Bimbang sgt hilang fokus. mungkin pengalaman peribadi rakan2 menjadikan dia seorg y sgt berhati-hati. Mmg sesuai dgn ketakutannya pada panahan syaitan itu,dia tidak pernah hilang fokus, apatah lagi disakiti oleh lelaki. Logiknya y 1 mengawal emosinya y 9!!dan, 9A lah!!

Ini kisah dan bukti y sentiasa aku jdkan panduan. Mungkin korang anggap kisah ini biasa. Berbeza dgn aku, aku kagum dgn kawan2 aku ini y bijak mengawal emosi. Kini, terpulang pada cara kita menilainya....

Cinta zaman sekolah mmg x sesuai!!Jika ada kesempatan aku akan kongsi kisah rakan y kecundang pula, dan aku akan kisahkan pula kisah cinta dizaman sekolah y masih mmpu fokus pada pelajaran.Sebangai renungan semestinya...
Buat masa ini aku masih yakin cinta dan pelajaran x boleh diletak sekali! huru-hara nanti.

Cinta dan sahabat?
Susah ditafsirkan, aku teringat kata2 A satu masa dahulu
"Lelaki bijak untuk membezakan/mengasingkan cinta dan rakan, tp perempuan mudah tersungkur dari istilah sahabat menjadi cinta."
setidak tidaknya masih ada sifat dari lelaki y boleh kita pelajari bukan??

Kawan-kawan,

Masa depan kita masih jauh, tmat PMR cuma 1 permulaan baru buat kita.Cinta itu indah cuma kita y mencacatkannya.........Fikir-fikirkan lah....Utamakan y lebih utama dalam kehidupan kita....




Lagu ini buat kalian y masih menanti dan hampir hanyut oleh cinta!!renungkan liriknya....tidak salah kalian terus menanti......Jangan kalah dgn situasi!!



Wassalam....




0 comments: